Seloka 5SAINS1

Kelas 5S1 nama diberi,
Tingkat satu lokasi kami,
12 putera 24 puteri,
Hidup kami aman harmoni.

Orangnya baik lagi disegani,
Bahasa Melayu dekat dihati,
Sering sahaja menasihati kami,

Pn.Mazuriah guru kelas ini,

Orangnya nakal berkaca mata,
Diejek selalu di dalam kelas,
Cikgu tiada asyik mengata,
Itulah Hud si ketua kelas.


Lim Wei Chuang digelar Doraemon kami,
Orangnya rajin bukan pemalas,
Cikgu tiada bukulah menemani,
Itulah dia penolong kelas.

Orangnya kecoh lagi ceria,
Selalu murah dengan senyuman,
Nak buat baju carilah dia,

Farhah sedia menerima tempahan.

Orangnya tinggi bertingkat-tingkat,
Dalam kelas suka berlari,
Ke hulur ke hilir gemar menyakat,
Nama Kumaran empunya diri.

Pengawas sekolah itu jawatannya,
Budak teater yang sangat bergaya,
Dalam kelas suka bertanya,
Itulah dia Mugilan Suppaya.

Banyak bertanya daripada menulis,
Kekadang buat kita tak tahan,
Kalau bermasalah berbahasa Inggeris,

Joanne sedia menghulur bantuan.

Jalannya tegak amat bergaya,
Pandai berkata mengalahkan saya,
Kempunan lagu tamil carilah dia,

Devandran sedia menjadi radionya.

AmmarDzulSathia geng sekawan,
Cikgu tiada buat portlah mereka,
Segala macam topik akan dibualkan,
Pengetua lalu baiklah mereka.


Farah Amani empunya nama,
Cikgu tiada ketawa besar dia,
Orangnya ganas tetapi lawa,
Melukis kartun itu hobinya.


Petah bicara di depan semua,
Cikgu tiada dia penggantinya,
"Ok class",itulah trademarknya,
Siapa lagi kalau bukan Fazliana.


Cikgu tiada bahagialah dia,
Suka bersembang bergelak ketawa,
Sering berdua dengan si dia,

Iffah Nasuha empunya nama.

Mereka pandai tapi malas,
Berbual menjadi hobi mereka,
Hobi tidur di dalam kelas,

Pang Yen dan Chee Kang itulah mereka.

Amat rapat selalu berdua,
Bersahabat baik sudah lama,
Tak pernah lekang mereka berdua,
Itulah dia Shabittra dan Uma.

Orangnya comel manis sekali,

Trademark 'ayam' menjadi identiti,
Pengawas kesayangan Cikgu Suriani,
Itulah dia Saffirah 'safari'.

Selalu berdua ke mana saja,
Dalam kelas duduk berdua,
Nak kata best couple boleh juga,

Krishnavini & Sharvin pasangan bahagia.

Orangnya kecil tetapi bising,
Anugerah The Loudest jadi miliknya,
Satu sekolah sering dipusing,
Itulah Kumaresan empunya nama.

Dia tinggi kurus sekali,
Seorang pengawas di sekolah ini,
Orangnya x bising macam kami,
Kalau bergosip Atiqah join sekaki.

Orangnya kecil teramat senyap,
Suara kedengaran sekali-sekala,
Tiada guru novel ditatap,
Itulah Maryam teman kita.

Klon Samy Vellu trademark diri,
Sering membangkang di kelas kami,
Nak jadi peguam kot hasrat di hati,

Pathmapiriya nama diberi.

Jarang berganjak dari tempatnya,
Duduk sebelah Saffirah Safari,
Buku & homework teman setianya,
Itulah Hui Qin yang kita cari.

Sering disakat kami semua,
Dulu pendiam kini tak lagi,
Itulah Wei Liang empunya nama,
Mengusik orang kerap sekali.

Gelaran 'pondok' identiti diri,
Tidur menjadi hobi di hati,
Tak cukup pelajar seorang disyaki,

Ashraflah orang yang dicari-cari.

Orangnya ceria agak sopan,

Red Crescent menjadi kebanggaan,
'Kebun sayur' usikan teman,
Dialah Mooi Zhuang yang kita bincangkan.

Pengawas sekolah jawatan diberi,
Orangnya bersahaja pandai bestari,
Aktif dalam lumba lari,

Shobana Boopalan nama diberi.

Sopan sungguh tingkah lakunya,
Pintar dalam kelas kami,
Sering berdua dengan jejakanya,
Itulah Vivian kawan kami.

Dari Convent School datang ke mari,
Sifat senyap identiti dirinya,
Pergi ke tandas kegemaran diri,

Nihar Samihah itu namanya.

Orang baik berambut lawa,
Pengikut Hud itulah dia,
Dalam kelas gemar ketawa,
Itulah Yee Yang cameraman kita.

Dari USA datang ke sini,
Tiap waktu bising tak henti-henti,
Otaknya pintar macam Krishnavini,

Hafizah debater terbaik rantau ini.

Ceria sungguh si amoi ini,
Bergema kelas pabila ketawa,
Tidur menjadi kegemaran di hati,
Itulah Mooi Shee Yee si cantik lawa.

Berbadan comel gebu pipinya,
Suka bercampur kaum sendiri,
Jarang berganjak dari tempatnya,

Chong Sheah Yen nama diberi.

Ayam berkokok ular menari,
Itik menyanyi katak mati,

Seloka sekadar hiburkan diri,
Jangan ada yang sakit hati.


p/s: Amik masa beberapa bulan nk cipta seloka ni. Seloka ni khas untuk classmates aku, 5S1. I love you!! Jgn
lupakan kenangan kita bersama di kelas kita okay!~

Comments

frhfm said…
haahah.. thanX wat seloka nie. susah2 ja. hihi.. btw, seloka ni is so funny! haha.. aku nak tergelak kat safira, nihar n pathma! baca "pembayang" .. aku try teka! haha.. bez2..
thanX again coz wat benda niey, ><
luv it!
Fyruz said…
no hal pnya..
sumer ni aku wat sbb aku syg kwn2 aku kt 5s1...
aku nk t'gelak baca seloka psl ashap...
aku xtau mana aku dpt idea gila2 cmtu...
hahahha..
Salam..sng hti nmpk bergossip psl aku...
Anyway thank sbb still ingt aku..
Jazakullah khairan kasiran
Fyruz said…
mn ada gossip...
km bkn gossip girl ok..
hehehe...
ok your welcome..
:P

Popular posts from this blog

Ke'Partee Over'An!!!!

Nostalgia Lama Kembali Berputar......

It's All About Life